Akhirnya Terbongkar ! 3 Rakan Artis Aniaya Farid Kamil Dengan Dadah?

Sharing is caring!

Pelakon dan Pengarah, Datuk Farid Kamil yang menghadapai pertuduhan berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu mengatakan ia adalah angkara ‘rakan’ yang mencemarkan minumannya dengan dadah.

Dalam satu laporan Polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2017, beliau juga menuduh kekerasan ke atasnya oleh pihak Polis semasa beliau ditahan reman kerana menyerang Polis dan orang awam.

Berdasarkan laporan yang diterima Malay Mail, pelakon berusia 36 tahun itu menuduh 3 rakan artis lain yang bertanggungjawab memberinya dadah dan menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.

Selain itu, beliau juga melaporkan yang beliau tidak begitu waras ketika itu kerana minumannya dicemari dengan dadah oleh ketiga-tiga rakan artisnya itu, sehari sebelum insiden berkenaan.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an dan juga seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya.

Selain dari minumannya, Farid juga mendakwa beliau diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair dari ketiga-tiganya yang membuatkan beliau berasa khayal selepas itu. Sehinggalah beliau ditahan selepas positif kerana disyaki penyalahgunaan dadah jenis ganja.

Pelakon itu juga menyuarakan tidak puas hatinya dengan layanan dari pihak Polis ketika ditahan reman, dan juga turut menamakan pegawai Polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya. Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu penahanannya.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya yang menyebabkan perlakuan ganasnya.

“Beliau membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan”, katanya.

Berita Asal:
Now, actor Farid Kamil blames ‘spiked’ drink for police station fracas

Farid accused three fellow artistes of drugging and causing the conditions that led to his altercation at the Kota Damansara station. ― Picture by Azneal Ishak

 
“I Miss You Farid Kamil” – Diana Danielle

PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil menarik perhatian pengikutnya di Instagram apabila memuat naik gambar bersama isteri, Datin Diana Danielle dan anak lelaki mereka iaitu Muhammad.

Farid, 37, menerusi kapsyen pada gambar tersebut menggunakan pepatah Melayu yang berbunyi ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ yang seolah-olah memberi gambar berhubung situasi terpaksa dihadapinya sejak akhir-akhir ini.

Pada kapsyen sama, Farid turut menggunakan tanda pagar #kamixramai tapi kami ada #X dipercayai merujuk kepada kekuatan hubungannya dengan Diana dalam mengharungi dugaan tersebut.

Diana merindui Farid.

‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ membawa maksud; sekiranya kita bersatu dan bekerjasama maka kita akan dapat berjaya atau peroleh kemenangan. Tetapi sekirang kita berselisih dan bergaduh antara satu sama lain, maka kita akan kalah.

Sebelum ini, Farid menjelaskan hubungannya dengan isteri tidak mempunyai sebarang masalah seperti mana digembar-gemburkan.

Malah kata Farid, dia bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak, Muhammd yang kini berusia 5 tahun dan Aurora, 3, disampingnya.

 

 

Posting Farid di Instagram.

Dalam pada itu, Diana menerusi InstaStory di Instagram miliknya pula turut meninggalkan kapsyen romantis ditujukan kepada Farid berbunyi ‘I miss you @faridkamilz’.

Sementara itu, pengikut Farid di Instagram rata-rata mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan itu akan berkekalan dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Ramai juga menasihatkan agar pasangan itu terus tabah menghadapi ujian kerana setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah disebaliknya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! BS

 

Sumber : mStar

 
Kerana Kecomelan, Gadis Kecil Asal Korea Ini “Dijadikan Anak Angkat” Oleh Orang Kaya Arab Saudi! Saat Melihat “Kehidupannya Sekarang”, Semua Orang Terkejut! Satu keluarga Telah Memeluk Agama..

Pernahkah kalian mendengar kisah seorang gadis kecil yang sangat comel hingga membuatnya memiliki sangat banyak penggemar dan follower yang berasal dari seluruh dunia?

Dia adalah Breanna Youn, yang telah membuat banyak orang tergila -gila karena kecomelan nya. Ayah nya adalah orang Korea Selatan dan ibunya adalah orang Filipina. Karena kecomelan nya, sang ibu memutuskan untuk mengupload foto nya di Internet dan seketika dia telah menjadi viral.

Breanna saat ini memiliki lebih dari 1 juta penggemar di Instagram. Populariti nya dapat dikatakan setara dengan bintang Hollywood dan karena populariti nya yang tinggi, dia mendapat banyak hadiah dari penggemar nya di seluruh dunia hampir setiap hari. Bahkan seorang kaya dari Timur Tengah pun menjadi penggemar nya dan mengundang dia bersama keluarga nya untuk berlibur ke Dubai!

Setiba nya di sana, mereka diajak tinggal di hotel lima bintang yang sangat mewah dan juga berjalan keliling Dubai. walau ke manapun, banyak penggemar yang ingin berfoto bersama Breanna!

Breanna yang memakai sepatu hak tinggi dan tas  terlihat seperti orang dewasa dalam bentuk mini.

Breanna merupakan percampuran yang sempurna antara gen Korea Selatan dan Filipina. Selain itu, dia juga boleh menyanyi, menari, dan bbertutu dalm empat bahasa

Selain barang-barang mewah yang dikenakan, hadiah-hadiah yang diperolehi pun tidak kalah mewah. Bahkan, perhiasan -perhiasan mewah juga dikirimkan oleh para penggemar.

Bagi orang kaya asal Timur Tengah ini, tidak cukup hanya menjadi penggemar nya, dia bahkan mengakui Breanna sebagai anak angkat nya!

Berawal dari liburan selama 14 hari, mereka sekeluarga kemudian malah memutuskan untuk pindah ke Dubai. Ini mereka saat mengenakan pakaian tradisional Arab.

Pada akhirnya, mereka sekeluarga memutuskan untuk memeluk agama Islam. semoga keluarga mereka dirahmati dan di sayangi semua orang

Sharing is caring!